Kes Kerajaan Pahang di Dakwa RM63 Juta adakah wujud konflik dengan UMNO Pekan (DS Najib)
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.
Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Ketika membenarkan permohonan perintah ‘mandamus’ (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.
Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.
“Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian,” katanya.
Pada 9 Dis 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.
Adakah adil UMNO sebuah parti politik memperolehi kawasan balak seluas begini. Dan ini menimbulkan keraguan adakah wujud konflik antara DS Najib (UMNO Pekan) dengan DS Adnan.
KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG
KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG
15 April 2009
Sumber: http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/738/1/
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.
Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.
DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.
Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
MISI MENAWAN NEGERI SEMBILAN
Telah menjadi buah mulut di seluruh Negeri Sembilan bahawa perubahan politik pasti akan melanda negeri ini. Samada cepat atau lewat. Peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat tetap akan berlaku.
AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG TETAMU DALAM RANCANGAN SUDUT PANDANG ASTRO-AWANI
Dato’ Kamarul Baharin Abbas telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan Sudut Pandang astro-AWANI pada 12 Mac yang lalu bergandingan dengan Dr. Asyraf Wahjdi Datuk Dasuki yang mewakili UMNO/BN. Program kali ini khusus bagi membicarakan persoalan Mini Bajet RM60 billion yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak dengan Saudara Kamarul Bahrin Haron sebagai moderator program.
Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Telok Kemang telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh pengacara, antaranya sejauhmana Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat bersedia untuk memberikan kerjasama dengan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan juga kerajaan untuk berdepan dengan kegawatan ekonomi hari ini. Pendirian Ahli Parlimen Telok Kemang berhubung pertanyaan ini cukup jelas iaitu Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara.
Namun apa yang mendukacitakan adalah sepatutnya Pakatan Rakyat dilibatkan dari awal lagi iaitu dari peringkat jawatankuasa bagi merangka serta merancang Bajet Mini ini, bukannya hanya diminta untuk memberikan kerjasama setelah bajet ini dibentangkan di dalam dewan. “Bajet Mini ini sesuatu yang baik untuk memberikan keyakinan di kalangan rakyat dan menyuntik keyakinan para pelabur. Namun kami di Pakatan Rakyat berasa sedih seolah-olah Pakatan Rakyat telah dipaksa untuk menerima pembentangan oleh Menteri Kewangan tanpa dijemput terlebih dahulu untuk memberikan pandangan di dalam proses di peringkat jawatankuasa”, ujar Ahli Parlimen Telok Kemang.
Ahli Parlimen Telok Kemang turut memberikan jaminan bahawa Pakatan Rakyat sentiasa komited dalam usaha mengembalikan ekonomi negara pada landasan yang betul namun apa yang menyedihkan ialah, adakah kerajaan UMNO/BN benar-benar ikhlas dalam pelawaan kerjasama ini? Umum mempertikaikan keikhlasan kerajaan UMNO/BN dalam menyalurkan peruntukan ke peringkat akar-umbi yang terbukti sebelum ini mengamalkan dasar secara berpilih-pilih dengan mengetepikan kawasan yang diwakili oleh Pakatan Rakyat.
Beliau turut mendedahkan kepincangan yang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini yang menafikan peruntukan untuk rakyat yang tidak menyokong UMNO/BN. “Kita di Telok Kemang ingin melihat berapa sen dari RM60 billion ini yang akan sampai kepada rakyat di Telok Kemang dan kawasan luar bandar di seluruh negara”, tambah Dato’ Kamarul Baharin lagi.
Sementara itu, Dr. Asyraf dalam hujahnya menyatakan bahawa Bajet Mini yang dibentangkan oleh Najib ini sebagai sebuah bajet yang menyeluruh yang pasti akan memberikan impak terbaik untuk memulihkan ekonomi negara. Namun, apabila ditanya oleh moderator program berhubung dengan sejauhmana keikhlasan kerajaan UMNO/BN dalam proses penyaluran peruntukan ke kawasan yang tidak diwakili UMNO/BN, beliau hanya mampu tersenyum.


